Lima gerai tepi jalan disita

MBI mengambil tindakan menyita gerai yang berniaga di tepi Jalan Meru Raya-Klebang menerusi Operasi Penguatkuasan Bersepadu pada Rabu. - Foto: Ihsan MBI
MBI mengambil tindakan menyita gerai yang berniaga di tepi Jalan Meru Raya-Klebang menerusi Operasi Penguatkuasan Bersepadu pada Rabu. - Foto: Ihsan MBI
A
A
A

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil tindakan menyita lima gerai yang berniaga di tepi Jalan Meru Raya-Klebang di sini pada Rabu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, penguatkuasaan itu dilaksanakan berikutan tular video dua mekanik mengalami luka ringan selepas dilanggar sebuah bas ketika membeli makanan di tepi jalan terbabit.

Pasukan pegawai MBI menjalankan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Jalan Meru Raya-Klebang pada Rbu. - Foto: Ihsan MBI
Pasukan pegawai MBI menjalankan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu di Jalan Meru Raya-Klebang pada Rbu. - Foto: Ihsan MBI

"Peniaga tersebut dan empat lain diambil tindakan menerusi Operasi Penguatkuasaan Bersepadu ke atas penjaja tepi jalan kerana menjual dengan khemah sementara tidak dilesenkan oleh MBI.

"Selain itu, dua penjaja dikenakan kompaun sebanyak RM250 dibawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MBI) 2020," katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Tandas Sedunia 2023 peringkat MBI di sini pada Khamis.

Menurut Rumaizi, sebanyak 20 notis turut dikeluarkan di bawah Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Operasi ini akan diteruskan di lokasi-lokasi yang berisiko seperti ini di sekitar bandar raya supaya insiden seperti ini tidak berulang," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Rumaizi berkata, sebanyak 285 kompaun dianggarkan bernilai RM70,000 telah dikeluarkan kerana gagal mematuhi syarat lesen termasuk elemen kebersihan tandas awam.

Artikel Berkaitan:

Rumaizi (tengah) menyerahkan Anugerah tandas terbersih tempat tumpuan awam kepada wakil Pasar Raya AEON Ipoh Klebang (dua dari kiri) pada sambutan Hari Tandas Sedunia 2023 peringkat MBI.
Rumaizi (tengah) menyerahkan Anugerah tandas terbersih tempat tumpuan awam kepada wakil Pasar Raya AEON Ipoh Klebang (dua dari kiri) pada sambutan Hari Tandas Sedunia 2023 peringkat MBI.

Tambah beliau, lebih 1,000 amaran telah dikeluarkan bagi memberi peluang kepada premis sekitar bandar raya ini menaik taraf tandas berbanding menarik semula lesen.

"Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBI akan terus meningkatkan aktiviti pemantauan dan penilaian tandas awam dengan pendekatan 3E, iaitu secara Libat Urus (Engagement), Pendidikan (Education), dan Penguatkuasaan (Enforcement).

Rumaizi (dua dari kanan) menyampaikan anugerah kepada Bahakhi Petronart (Shell Jalan Hospital) (dua dari kiri) bagi kategori tandas stesen minyak terbersih pada sambutan Hari Tandas Sedunia 2023 peringkat MBI.

"Inisiatif ini dilaksanakan bagi mencapai sasaran BMW (Bersih, Menawan dan Wangi) seperti saranan KPKT (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) seterusnya menjadikan Ipoh bandar raya contoh dari segi kebersihan dan keselesaan kepada orang awam," katanya.

Pada majlis itu, Rumaizi menyampaikan anugerah tandas terbersih kepada Pasar Raya AEON Ipoh Klebang bagi kategori tempat tumpuan awam dan kategori tandas stesen minyak terbersih diberikan kepada Bahakhi Petronart (Shell Jalan Hospital).

Masing-masing membawa pulang hadiah bernilai RM2,000 dan sijil.

MBI turut menyerahkan sumbangan khas wang kemenangan sebanyak RM2,000 kepada Masjid Muhammadiah, Taman Tasek Jaya di sini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!