Kad laporan Bee Yin wajar jadi contoh, diikuti ahli parlimen lain

Tangkap layar perkongsian Bee Yin di aplikasi X. (Antara komen netizen yang mahu pendekatan dilakukan Bee Yin menjadi contoh dan ikutan ahli parlimen lain)
Tangkap layar perkongsian Bee Yin di aplikasi X. (Antara komen netizen yang mahu pendekatan dilakukan Bee Yin menjadi contoh dan ikutan ahli parlimen lain)
A
A
A

SHAH ALAM - Kad Laporan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Puchong yang dikongsi di media sosial bukan sekadar menjadi rujukan pengundi untuk mengetahui jumlah peruntukan digunakan Ahli Parlimen, Yeo Bee Yin pada tahun ini.

Malah perkongsian Bee Yin turut mendapat pujian netizen apabila kad laporan itu turut menyatakan perincian jumlah kegunaan peruntukan yang diterima menerusi Pusat Khidmat Parlimen Puchong.

Sehubungan itu, netizen mencadangkan agar pendekatan dilakukan Bee Yin dapat menjadi contoh dan ikutan ahli Parlimen lain untuk berkongsi jumlah pengagihan peruntukan kepada rakyat di kawasan Parlimen masing-masing.

"Hebat YB, kalau semua ahli Parlimen boleh guna template yang sama kan bagus. terima kasih YB. 'Lets continue the great work'," komen BR4iN5 di ruangan komen.

Sementara itu, pengguna aplikasi X dengan nama ehsonofzakaria pula berkata, kad laporan Bee Yin sewajarnya menjadi rujukan dan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada semua ahli Parlimen dalam Kerajaan Perpaduan.

"Saya pasti dah ramai ahli Parlimen mula 'tiru' format begini dan harap lebih ramai lagi. Tahniah YB," tambahnya.

Sebelum itu, Bee Yin menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Rabu memaklumkan peruntukan diterima menerusi Pusat Khidmat Parlimen Puchong pada tahun 2023 adalah sebanyak RM3,775,000.

Pecahan perbelanjaan meliputi pendidikan (RM1,771,706,90), projek infrastruktur (RM449,457,30), program dan aktiviti (752,504,85), kebajikan RM273,072,95 dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sebanyak RM588,258.

Artikel Berkaitan:

"Orait! Masa untuk submit Kad Laporan Tahunan 2022 saya. Terima kasih semua warga Puchong memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat dan bersuara demi anda. #puchong," katanya menerusi hantaran tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!