Tidak dapat wang beli dadah punca anak bunuh ibu, bapa

Laporan Sinar Harian pada 9 Disember lalu.
Laporan Sinar Harian pada 9 Disember lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Motif pembunuhan pasangan warga emas yang ditikam anaknya sehingga mati dipercayai berpunca akibat suspek tidak diberi wang untuk membeli dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, polis telah merakam percakapan 12 individu membabitkan kes itu.

Allaudeen (dua dari kanan) ketika Majlis Sambutan Perayaan Hari Deepavali Kontinjen Kuala Lumpur 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Khamis.
Allaudeen (dua dari kanan) ketika Majlis Sambutan Perayaan Hari Deepavali Kontinjen Kuala Lumpur 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada Khamis.

"Keterangan telah direkodkan melibatkan keluarga dan jiran-jiran sebab ada yang dakwa dengar jeritan selain saksi lain yang kita percaya dapat bantu siasatan.

“Motif pembunuhan adalah kerana dia (suspek) minta duit. Kita tengok dia ada sembilan rekod jenayah dan siasatan pula mendapati ada dia minta duit untuk beli dadah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Perayaan Hari Deepavali Kontinjen Kuala Lumpur 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Tambah Allaudeen, siasatan berhubung kejadian tersebut dalam proses untuk dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan seterusnya.

"Kes dianggap selesai dan kertas siasatan dalam proses untuk dihantar ke TPR bagi cadangan tindakan pertuduhan,” katanya.

Dalam kejadian pada 9 Disember lalu, pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun ditemui mati di ruang tamu kediaman mereka selepas dibunuh anak lelakinya di Kampung Sungai Penchala, di sini.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan awal polis menemui beberapa kesan tikaman pada tubuh kedua-dua mangsa.

Ujian saringan air kencing menunjukkan suspek berusia 42 tahun itu positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan morfin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!