Remaja lelaki 15 tahun ditemui lemas ketika berenang di tasik

Bomba menjalankan operasi mencari mangsa yang dilaporkan lemas di tasik Bandar Saunjana Putra, Kuala Langat pada Khamis. Foto: Bomba Selangor. Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang lemas di tasik di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, pada Khamis. Foto: Bomba Selangor

A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditemukan mati lemas ketika berenang bersama beberapa rakannya di sebuah tasik di Bandar Saujana Putra dekat sini pada Khamis.

Empat rakan mangsa yang berada di lokasi kejadian di tasik Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada Khamis. - Foto: Bomba Selangor
Empat rakan mangsa yang berada di lokasi kejadian di tasik Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada Khamis. - Foto: Bomba Selangor

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 10.33 pagi.

Menurutnya, operasi pencarian kemudian dilakukan dengan turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor.

"Siasatan awal mendapati remaja lelaki itu berenang di kawasan tasik berkenaan bersama empat rakannya.

"Mayat mangsa berjaya ditemui di kedalaman lima meter pada jam 1.12 petang," katanya pada Khamis.

Tambah Ahmad Mukhlis, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!