Tak boleh pukul bahagian muka, didik dengan cara yang betul

DILARANG memukul pada bahagian muka atau wajah walaupun tujuannya hanya untuk mendidik. -Gambar hiasan
DILARANG memukul pada bahagian muka atau wajah walaupun tujuannya hanya untuk mendidik. -Gambar hiasan
A
A
A

MEDIA sosial kecoh gara-gara tular video lelaki dipercayai seorang guru menampar bahagian muka seorang pelajar.

Perbuatan itu dilakukan di atas pentas dan di depan khalayak ramai ketika sebuah majlis berlangsung di sekolah berkenaan.

Susulan kejadian itu, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan pada Khamis menjelaskan, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung rakaman video tersebut bagi memastikan isu berkenaan dapat segera diselesaikan.

Ketahuilah bahawa kita dilarang sama sekali menampar bahagian muka apatah lagi jika tujuannya adalah untuk mendidik.

Memetik artikel Al-Kafi #661: Hukum Merotan Anak Sehingga Cedera,Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, antara syarat untuk merotan dan memukul untuk tujuan pendidikan dan membentuk adab adalah dilarang sama sekali memukul pada bahagian muka anak-anak.

Larangan tersebut jelas sebagaimana disebutkan dalam hadis diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila salah seorang daripada kamu bergaduh, maka hendaklah dia menjauhi (dari memukul) muka.” (Hadis Riwayat Muslim)

IKUTILAH anjuran Islam andai ingin mendidik anak-anak.
IKUTILAH anjuran Islam andai ingin mendidik anak-anak.

Artikel Berkaitan:

“Ini kerana wajah seseorang itu ialah tempat yang lembut dan menghimpunkan keseluruhan keindahan.

“Bahagian anggota padanya juga lembut dan boleh rosak apabila dipukul,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal rasmi pejabat mufti berkenaan.

Sinar Islam turut merujuk artikel bertajuk Wajah Musuh Tidak Dipukul, Apatah Lagi Anak Isteri yang pernah disiarkan menerusi laman web muftiperlis.gov.my.

Andai musuh di medan peperangan pun disuruh untuk kita elakkan diri daripada mencacatkan wajahnya ketika bertempur, inikan pula muka sesama insan yang bukan musuh kita bertarung.

Ini termasuklah anak, isteri dan juga anak murid yang sememangnya jelas bukan seteru kita.

Demikian tegas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza.

Bahkan katanya, wajah haiwan pun dilarang untuk kita mencederakannya.

“Ini kerana muka merupakan tempat kemuliaan seseorang. Malah, Islam mengajar kita berdisiplin dalam segala tindakan walaupun ketika marah.

“Sekalipun berada di medan tempur dan memerangi musuh, namun kita diperintahkan untuk berdisiplin dalam tindak-tanduk kita bagi menghormati nilai keinsanan yang ada dalam diri dan pihak lawan,” katanya.

Seperkara lagi, Dr Maza mengingatkan, muka merupakan anggota yang memberikan identiti kepada seseorang insan dikenali.

DR MAZA
DR MAZA

“Kerinduan, kasih, suka, benci antara sesama insan juga sering dikaitkan dengan wajah.

“Pada wajah seseorang juga dapat diselami perasaannya. Muka adalah perlambangan kasih sayang, maruah, penghormatan dan pelbagai perkara yang membabitkan keinsanan seseorang. Maka, Islam mengajar agar wajah insan itu dihormati,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!