Polis buka kertas siasatan isu gambar tular Zamil

Zamil menunjukkan laporan polis dibuatnya yang dikongsikan di Facebook pada Rabu.
Zamil menunjukkan laporan polis dibuatnya yang dikongsikan di Facebook pada Rabu.
A
A
A

ALOR SETAR - Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan gambar bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zamil Ibrahim didakwa mengaibkan yang tular di laman sosial Facebook dan Tik Tok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, perkara itu masih dalam siasatan dan memaklumkan kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat dakwaan terbabit.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan polis dibuat Zamil yang mendakwa gambarnya dalam keadaan mengaibkan telah viral dan tersebar.

Menerusi akaun Facebook dan Tik Toknya, Zamil memaklumkan dia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada Selasa lepas.

Bagaimanapun, Zamil memaklumkan foto disebarkan terbabit adalah gambar dirinya memakai boxer diambil secara curi oleh individu tertentu sebagai cubaan mengaibkan dirinya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa gambar yang diambil secara curi individu terlibat kemudiannya diberikan kepada orang lain untuk didedahkan kepada umum.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada pihak polis melakukan siasatan terhadap perkara terbabit dan tindakan pihak tertentu yang cuba menjatuhkan imejnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!