MSBK 2020 buka tirai April depan

Litar Antarabangsa Sepang sekali lagi bakal menjadi venue Kejuaraan MSBK 2020 yang bermula pada April depan.
Litar Antarabangsa Sepang sekali lagi bakal menjadi venue Kejuaraan MSBK 2020 yang bermula pada April depan.
A
A
A

PEMINAT sukan permotoran tanah air bakal disajikan dengan aksi hebat pelumba berbakat negara menerusi penganjuran Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) musim 2020 yang bakal membuka tirai pada April depan.

Kejuaraan kebangsaan yang merangkumi lima pusingan itu akan berlangsung secara eksklusif di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula dengan Pusingan Pertama pada 3 hingga 5 April diikuti aksi Pusingan Dua pada 7 hingga 9 Ogos yang akan berlangsung serentak dengan Kejuaraan Asia Talent Cup.

Pusingan Tiga hanya akan menyenaraikan perlumbaan bagi kelas MSBK250 ekoran persamaan tarikh dengan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Pusingan Tiga itu bakal menjadi sebahagian daripada perlumbaan pada saingan Pusingan Enam ARRC 2020 yang dijadualkan bermula pada 25 hingga 27 September.

Aksi penutup tirai bagi edisi 2020 bakal menyaksikan dua pusingan berlangsung serentak iaitu Pusingan Empat dan Pusingan Lima pada 16 hingga 18 Oktober.

INFO

Kalendar Kejuaraan Superbike Malaysia 2020

Pusingan 1

Artikel Berkaitan:

3 hingga 5 April

Pusingan 2

7 hingga 9 Ogos

Pusingan 3

25 hingga 27 September

Pusingan 4 & 5

16 hingga 18 Oktober

* Semua perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!