'Sejarah rasuah dimulakan kaum Yahudi'

Bard Puisi mendendangkan lagu puisi 'Al-Risywah' dengan penuh penghayatan pada Apresiasi Puisi Antirasuah sempena HARA Rasuah Busters 2023 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.
Bard Puisi mendendangkan lagu puisi 'Al-Risywah' dengan penuh penghayatan pada Apresiasi Puisi Antirasuah sempena HARA Rasuah Busters 2023 di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Apresiasi Puisi Antirasuah yang diadakan sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Rasuah Busters 2023 mendedahkan orang ramai tentang sejarah perbuatan rasuah yang dimulakan oleh kaum Yahudi.

Pemuisi, Badrul Hisham Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Bard Puisi berkata, beliau menyebarkan maklumat berkaitan asal-usul bermulanya kelakuan rasuah menerusi lagu puisi bertajuk 'Al-Risywah'.

"Al-Risywah ialah perkataan dalam bahasa Arab membawa maksud rasuah. Bagi menghasilkan puisi ini saya buat kajian terperinci berkaitan rasuah terutama dengan merujuk al-Quran.

"Dalam al-Quran menyebut Yahudi adalah pengamal rasuah yang terawal dan apa yang mendukacitakan kita ketika ini Yahudi terus berlaku kejam ke atas rakyat Palestin.

"Jadi pada masa sama menerusi puisi ini, saya turut zahirkan sokongan kepada Palestin selain puisi disampaikan dalam bentuk lagu agar ia menusuk ke kalbu pendengar," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program berkenaan yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini pada Khamis.

Bard Puisi mendendangkan lagu puisi 'Al-Risywah'.
Bard Puisi mendendangkan lagu puisi 'Al-Risywah'.

Sebanyak sembilan puisi dideklamasikan sepanjang program itu berlangsung, antaranya oleh Siso Kopratasa yang mengetengahkan karya 'Tajuk Kita Orang Melayu'; Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad (Pejuang Banteras Rasuah) dan Canselor Kolej Universiti Inovasi, Profesor Emeritus Datuk Dr Hashim Yaacob (Rasuah Melahap Kita).

Hadir sama Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin.

Artikel Berkaitan:

Bard Puisi terdahulu menyanyikan bait-bait puisi itu yang mempunyai empat rangkap sambil memainkan gitar.

Katanya, pada rangkap akhir puisi itu beliau turut menyuarakan kebimbangan kepada situasi rasuah di negara ini yang sudah menjadi satu budaya sekali gus menunjukkan ia perlu dibendung segera.