Banjir: Warga emas antara dua individu terperangkap dalam kereta
JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga emas antara dua individu berdepan detik cemas terperangkap dalam kereta dalam kejadian banjir kilat di Jalan Persiaran Molek Utama, Taman Molek, di sini pada petang Khamis.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan I, Sufian Mohamed Lis berkata panggilan kecemasan berkaitan insiden itu diterima pada jam 4.38 petang.
Jelasnya, sebuah fire rescue tender (frt) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Seorang wanita, Lew Say Moi, 70 yang menaiki Proton Saga terperangkap dalam kenderaan dipandu akibat banjir kilat.
"Sementara seorang lagi melibatkan orang remaja lelaki, Harry Boon Kim Quan yang menaiki BMW 218i.
"Anggota bomba bertindak menyelamatkan kedua-dua mangsa ke tempat lebih selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beberapa lokasi di bandar raya ini, dilanda banjir kilat susulan hujan lebat pada sebelah petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!