Pasca banjir: YPC bantu buat pendawaian, sumbang keperluan

Skuad YPC yang terlibat Misi Bantuan Belia Prihatin 2019 di Kemaman semalam.
Skuad YPC yang terlibat Misi Bantuan Belia Prihatin 2019 di Kemaman semalam.
A
A
A

KEMAMAN - Terkesan akibat banjir yang melanda Terengganu baru-baru ini, tiga buah rumah di Kampung Batu 14 dan Kampung Teladas telah dipilih dalam Misi Bantuan Belia Prihatin 2019 di sini semalam.

Ia merupakan program misi pasca banjir anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBD) dan Youth Power Club (YPC).

Pengerusi YPC Kemaman, Abd Faiz Hakimi Abd Rahim berkata, Kemaman merupakan salah satu destinasi yang terpilih dan pihaknya telah memilih tiga rumah yang terjejas banjir baru-baru ini yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan.

"Bagi menjayakan program ini, 90 ahli YPC memberikan bantuan dengan membuat pendawaian rumah selain memberikan sumbangan berupa perabot dan barangan keperluan asas.

"Kita menggerakkan dua kumpulan bagi misi ini dan berjaya melaksanakannya dalam tempoh tiga jam, sebelum mereka meneruskan perjalanan misi mereka ke Rompin pula," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Skuad YPC membuat kerja-kerja pendawaian di rumah mangsa banjir yang terpilih.
Skuad YPC membuat kerja-kerja pendawaian di rumah mangsa banjir yang terpilih.

Program itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok dan turut disertai Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Aizad Roslan dan Pengerusi YPC Kebangsaan, Rafiq Hakim Razali.

Beberapa buah kampung di Kemaman terjejas dalam gelombang banjir pada pertengahan Disember lalu dan sebahagian daripadanya ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Artikel Berkaitan:

Jambatan Teladas yang menghubungkan Kampung Teladas dengan pekan Air Putih juga ditenggelami air lebih satu meter dan ditutup kepada semua kenderaan pada 17 Disember lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!