Kategori B-15 Badminton Terbuka Rawang 2023 'laris'

Shaneesa Shahidi (tiga dari kiri) juara perseorangan perempuan B-15 Badminton Terbuka Rawang 2022
Shaneesa Shahidi (tiga dari kiri) juara perseorangan perempuan B-15 Badminton Terbuka Rawang 2022
A
A
A

SERAMAI 64 pemain badminton remaja menyahut cabaran Kategori Perseorangan Bawah 15 Tahun (B-15) Badminton Terbuka Rawang 2023 yang dijadualkan berlangsung di Dewan Badminton Rawang, Rawang yang menyingkap tirai Jumaat hingga 17 Disember ini.

Pengerusi Kelab Badminton Rawang (RBC), Jeyaseelan Anthony berkata, bagi kategori B-15 lelaki sebanyak 64 pemain mengesahkan penyertaan manakala 17 untuk kategori perempuan.

“Kategori B-18 lelaki pula mendapat penyertaan seramai 54 pemain manakala 17 untuk kategori perempuan.

“Bagi kategori B-12 lelaki pula seramai 55 mengambil bahagian manakala kategori perempuan pula sebanyak 19 orang.

“Kategori B-10 tahun pula berjaya menarik penyertaan seramai 44 pemain pada kali ini,” katanya.

Datu Anif Isaac Datu Asrah (tengah) juara perseorangan lelaki B-15 Badminton Terbuka Rawang 2022 lalu.
Datu Anif Isaac Datu Asrah (tengah) juara perseorangan lelaki B-15 Badminton Terbuka Rawang 2022 lalu.

Jeyaseelan berkata, kejuaraan edisi ke-13 anjuran Kelab Badminton Rawang dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Selayang serta Pusat Khidmat DUN Rawang.

Katanya, kejohanan ini juga mendapat sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Badminton Selangor (BAS).

Artikel Berkaitan:

Bagi acara beregu pula jelas Jeyaseelan, edisi kali ini mempertandingkan kategori B-15 lelaki dan perempuan, B-18 lelaki dan perempuan serta kategori beregu novice lelaki

Katanya, juara kategori beregu novice lelaki bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000 manakala naib juara pula menerima hadiah wang tunai bernilai RM500 dan masing-masingnya berserta piala dan medal.

“Bagi tempat ketiga dan keempat pula bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM200 berserta medal masing-masing,” katanya.

Selain itu, Jeyaseelan memaklum beberapa sekolah juga turut mengambil bahagian antaranya Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Sekolah Sukan Negeri Selangor (SSNS), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa 2, Rawang, SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang dan SK Taman Desa 2, Rawang.

“Kejohanan ini juga disertai pemain-pemain muda luar negara dari India, Indonesia, New Zealand dan Mexico

“Jumlah peserta melebihi 450 orang dalam dan luar negara Sarawak, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor dan KL adalah antaranya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!