Hamas sedia hadapi operasi Israel ke atas terowong

Kelihatan asap dan letusan api selepas pengeboman Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada Khamis, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan pejuang Hamas. - Foto AFP
Kelihatan asap dan letusan api selepas pengeboman Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada Khamis, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan pejuang Hamas. - Foto AFP
A
A
A

PEGAWAI kanan Hamas memaklumkan sudah sedia berdepan tindakan Israel yang mahu mengepam air ke dalam terowong didakwa tempat persembunyian mereka.

Mereka memaklumkan terowong yang dibina mampu bertahan apa jua serangan.

Menurut Osama Hamda, terowong Hamas dibina oleh jurutera berpengalaman dan ia sudah mengambil kira semua kemungkinan serangan Israel, termasuk mengepam air ke dalam terowong itu.

"Terowong-terowong ini dibina jurutera berkepakaran dan berpengalaman dan mereka sudah mengambil kira semua kemungkinan serangan dari Israel, termasuk mengepam air ke dalam terowong tetapi terowong ini adalah sebahagian daripada pertahanan kami, anda perlu mempertimbangkan semua kesan dan serangan daripada pencerobohan ini.

"Saya tidak boleh katakan tiada ancaman, tetapi saya mengesahkan ancaman ini berlaku pada tahap paling rendah, pejuang kebebasan akan berdepan dengan situasi ini dengan cara mereka, supaya mereka boleh mengelak kesan negatif," katanya.

Kenyataan Osama Hamdan menyusul dua hari selepas pegawai Amerika Syarikat mengesahkan operasi terowong Israel.

Tentera Zionis sebelum ini memaklumkan akan membanjirkan terowong dengan air untuk melumpuhkan rangkaiannya. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!