Salim Iskandar ditahan polis

Salim mengesahkan penahanan beliau di akaun X miliknya pada Khamis.
Salim mengesahkan penahanan beliau di akaun X miliknya pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pempengaruh media sosial, Mohamad Salim Iskandar ditahan polis, di sini pada Khamis untuk siasatan mengenai hantarannya berkait dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penahanan itu disahkan Mohamad Salim di akaun rasmi X miliknya.

"Saya telah ditahan polis dan kini sedang dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

"Teruskan perjuangan rakyat Malaysia!" katanya pada Khamis.

Sementara itu, peguam bela yang mewakili Mohamad Salim, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, individu tersebut ditahan pada jam 11 malam (Khamis) dan dijangka direman pagi ini.

"Tangkapan dibuat atas keperluan siasatan merujuk laporan berkenaan ciapan di X berkaitan akuan bersumpah yang dikaitkan dengan Perdana Menteri," ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!