Isu miskin bandar, penjaja kecil antara fokus Dr Zaliha

Dr Zaliha (kiri) mengimbas kad perakam waktu sebelum hadir pada sesi Taklimat Khas Bersama Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi di Menara Seri Wilayah, Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Dr Zaliha (kiri) mengimbas kad perakam waktu sebelum hadir pada sesi Taklimat Khas Bersama Jabatan Wilayah Persekutuan dan Agensi di Menara Seri Wilayah, Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Isu kemiskinan bandar, miskin tegar dan penjaja kecil merupakan antara fokus Dr Zaliha Mustafa dalam menggalas tanggungjawab baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu berkata, langkah tersebut bagi memastikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sentiasa maju dan sentosa dari sudut ekonomi dan pembangunan.

"Saya yakin dengan kerja berpasukan daripada jabatan dan insya-ALLAH kita akan maju ke depan," katanya ketika ditemui pemberita sebelum menghadiri taklimat bersama pegawai kanan jabatan di sini pada Jumaat.

Selain itu ujar beliau, isu berkaitan dengan permasalahan Kampung Baru, Kuala Lumpur turut menjadi agendanya.

"Tahun 2026 juga adalah Tahun Melawat Malaysia dan saya rasa wilayah ini perlu diberi keutamaan dalam isu membawa negara kita lebih maju bertepatan Wilayah Persekutuan yang mencapai usia 50 tahun," katanya.

Dr Zaliha yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Kesihatan antara nama yang terlibat dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini beberapa kali menekankan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri mengubah wajah penempatan gerai peniaga kecil dan penjaja di seluruh negara kepada infrastruktur yang lebih selesa, indah dan bersih dalam tempoh sekurang-kurangnya satu hingga dua tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!