50 ditahan ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris
LILLE - Pihak berkuasa Perancis berjaya menahan 19 pendatang yang cuba menyeberangi Selat Inggeris untuk menuju ke Britain semalam selepas 31 diselamatkan dan dihantar pulang ke Perancis kelmarin.
Operasi yang dilakukan sejak setahun itu berjaya menyekat percubaan pendatang khususnya dari Afrika, Timur Tengah dan Asia Selatan yang dilihat semakin berani meredah perairan dingin dan berliku dari pantai di utara Perancis itu.
Pihak berkuasa tentera laut berkata, 19 pendatang yang diselamatkan daripada sebuah bot itu termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak manakala beberapa pendatang mengalami hipetermia ketika mereka kembali ke Perancis sejurus selepas tengah malam kelmarin.
Dalam dua operasi yang dijalankan sebelum subuh itu, sebuah kapal yang membawa 11 orang ditemui manakala sebuah lagi kapal memuatkan 20 pendatang.
Khamis lepas, pegawai Perancis dan British berkata, seramai 71 pendatang ditahan dari beberapa buah bot di Selat Inggeris dan ada dalam kalangan mereka terpaksa di hantar ke hospital kerana mengalami hipertermia
Sekurang-kurangnya empat pendatang meninggal dunia setakat tahun ini ketika cuba menyeberangi Selat Inggeris yang merupakan laluan perkapalan tersibuk di dunia selain arus deras dan air berais.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!