Penganggur tunjuk kemaluan di MRT didenda RM2,000

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penganggur menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Transit Aliran Massa (MRT), mengundang padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.

Ngu Chee Liang, 31, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.

“Tindakan kamu telah mengundang ketakutan orang ramai, kerana kesalahan dibuat di tempat awam,” kata majistret ini yang turut merintahkan tertuduh dipenjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Chee Liang dituduh mahu mengaibkan kehormatan dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita berusia 22 tahun, di MRT Stesen Kepong Baru ke Stesen Metro Prima, Kepong di sini, pada jam 6.46 petang, 5 Disember lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Vivien Yeap Jie Xi mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana mengundang ketakutan kepada mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Sukdesh Francis Xavier merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung ibu.

Pada Selasa lalu, Sinar Harian melaporkan, pihak polis berjaya memberkas seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah seorang wanita dalam MRT, pada hari kejadian.

Artikel Berkaitan:

Menurut siasatan awal, suspek mengaku bertindak sedemikian semasa berada di dalam gerabak tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!