Ikan air tawar diancam kepupusan


Seekor ikan pari air tawar seberat 181 kilogram yang berjaya ditangkap di Sungai Mekong, Kemboja. - AFP
Seekor ikan pari air tawar seberat 181 kilogram yang berjaya ditangkap di Sungai Mekong, Kemboja. - AFP
A
A
A

DUBAI - Satu perempat ikan air tawar di seluruh dunia diancam kepupusan, menurut satu kemas kini senarai merah spesies terancam yang diterbitkan pada Isnin lalu.

Ancaman itu disebabkan peningkatan kesan perubahan iklim dan akibat tangan manusia terhadap hidupan liar di bumi ini.

Nelayan tempatan menangkap ikan Pirarucus atai Arapaima Gigas di Sungai Amazon, Brazil. - AFP
Nelayan tempatan menangkap ikan Pirarucus atai Arapaima Gigas di Sungai Amazon, Brazil. - AFP

Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) menerbitkan laporan penilaian tersebut ketika delegasi global bertemu di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk sidang kemuncak perubahan iklim COP28.

IUCN turut mengemas kini senarainya untuk mencerminkan perubahan iklim bakal mengancam ikan salmon Altlantik, penyu hijau dan pokok mahogani daun besar atau tunjuk langit.

Ikan salmon menjadi diet utama beruang dikatakan semakin berkurangan di Kanada. - Agensi
Ikan salmon menjadi diet utama beruang dikatakan semakin berkurangan di Kanada. - Agensi

“Perubahan cuaca mengancam kepelbagaian kehidupan yang dilindungi oleh planet kita dan menjejaskan keupayaan alam semula jadi bagi memenuhi keperluan asas manusia,” katanya.

Daripada hampir 15,000 spesies ikan air tawar yang dinilai, sebanyak 25 peratus berisiko diancam kepupusan dan sekurang-kurangnya 17 peratus akibat perubahan iklim termasuk perubahan paras air serta musim.

Artikel Berkaitan:


Kepupusan ikan Aligator Gar dibimbangi menjejaskan sukan memancing di utara Amerika. - Agensi
Kepupusan ikan Aligator Gar dibimbangi menjejaskan sukan memancing di utara Amerika. - Agensi

ICUN menyenaraikan risiko kepupusan spesies di sepanjang sembilan kategori daripada ‘tidak dinilai’ hingga ‘pupus’.

Spesies Salmon Atlantik mengalami penurunan sebanyak 23 peratus antara tahun 2006 dan 2020, semakin meningkat dalam senarai daripada ‘paling tidak membimbangkan’ kepada ‘hampir terancam’.


Ikan patin gergasi atau Plabuk yang boleh dipancing di Thailand dijangka menerima kesan akibat perubahan iklim. - Agensi
Ikan patin gergasi atau Plabuk yang boleh dipancing di Thailand dijangka menerima kesan akibat perubahan iklim. - Agensi

Tambahnya, pemanasan global memberi kesan terhadap semua peringkat kitaran hayat, mengurangkan mangsa, membenarkan spesies invasif berkembang dan meningkatkan kematian salmon akibat pencemaran air yang dikaitkan dengan pembalakan serta pertanian. - AFP


Ikan kap Siam yang hanya boleh didapati di Thailand, turut dijadikan sukan memancing di kolam berbayar di negara tersebut. - Agensi
Ikan kap Siam yang hanya boleh didapati di Thailand, turut dijadikan sukan memancing di kolam berbayar di negara tersebut. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!