Israel bunuh tiga tebusan, silap anggap mereka ancaman

Tentera Pertahanan Israel (IDF) menamakan mereka sebagai Yotam Haim, Samer Talalka dan Alon Shamriz. - Foto REUTERS
Tentera Pertahanan Israel (IDF) menamakan mereka sebagai Yotam Haim, Samer Talalka dan Alon Shamriz. - Foto REUTERS
A
A
A

GAZA - Perang Israel-Palestin yang kini sudah berlanjutan melebihi tiga bulan menyaksikan bukan sahaja orang awam, kanak-kanak dan wanita jadi korban peperangan, malah kumpulan tebusan turut menjadi mangsa.

Semalam, tentera Israel mengumumkan mereka secara tidak sengaja membunuh tiga orang tebusan semasa kempen mereka di Gaza.

Antara lain, Zionis mengakui mereka keliru mengenal pasti tebusan yang dibunuh itu sebagai 'ancaman'.

Tentera Pertahanan Israel (IDF) menamakan mereka sebagai Yotam Haim, Samer Talalka dan Alon Shamriz.

Sebelum ini, pelbagai kawasan dan wilayah di Palestin dibedil secara bertubi-tubi oleh Israel sehingga ramai terbunuh dan bangunan musnah, selain menjadikan penduduk pelarian, sekali gus menjerumus Palestin ke kancah kemanusiaan paling buruk.

Dalam usaha melumpuhkan Hamas, tentera Israel menjadikan Baitulmaqdis sebagai sasaran pada Khamis, kali pertama sejak mengganas secara habis-habisan bermula 30 Oktober.

Sehingga kini operasi Israel masih berlanjutan di Gaza di mana penduduk melaporkan pertempuran terus meletus di utara, tengah, dan selatan Gaza.

Sementara itu, Israel mengumumkan akan membenarkan bantuan masuk ke Gaza melalui lintasan Kerem Shalom, langkah yang dipuji oleh White House sebagai tindakan baik.

Artikel Berkaitan:

7 Oktober lalu, dalam operasi Taufan Al-Aqsa, Hamas berjaya menembusi sempadan yang dikawal ketat dan membunuh 1,200 orang selain menjadikan 240 orang sebagai tebusan.

Mereka dibebaskan semasa gencatan singkat bulan lepas.

Kementerian Kesihatan Gaza, yang dikelola oleh Hamas, mendedahkan lebih 18,700 orang terbunuh dan 50,000 cedera di wilayah terkepung sejak bermulanya perang Gaza, 7 Oktober lepas. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!