Kalau hantaran ada fakta dan bukti, tidak wajar disekat

Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Nor Halmey
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Nor Halmey
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan menyekat dan mengehadkan hantaran serta akaun media sosial merupakan langkah tepat sekiranya perkara itu berunsur fitnah terhadap kerajaan atau negara.

Bagaimanapun, sekiranya hantaran yang dimuat naik berdasarkan fakta dan bukti, tindakan berkenaan dianggap tidak adil, sekali gus menyekat kebebasan bersuara pengguna media sosial di negara ini.

Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Perlis, Nor Halmey Hamdah berkata, Malaysia tidak menghalang rakyatnya menggunakan platform dalam talian secara bebas tetapi masih tertakluk kepada peraturan demi keharmonian bersama.

“Kebebasan tidak bererti kita boleh buat apa sahaja sesuka hati. Kebelakangan ini ramai ambil kesempatan atas kebebasan (media) dengan bercakap dan menulis tanpa batasan hingga mengundang masalah lain yang lebih besar.

“Sebuah negara boleh musnah jika membiarkan pihak yang mengamalkan kebebasan media secara salah dan menggugat keselamatan awam,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, Nor Halmey berkata, ketika ini rakyat Malaysia berpuas hati dengan kebebasan yang diberikan, namun tidak memahami makna kebebasan sebenar.

Oleh demikian, beliau berharap pengguna media sosial lebih bijak menggunakan platform berkenaan agar tidak dilihat keterlaluan.

“Media baharu yang begitu senang diakses seperti TikTok, Instagram dan sebagainya perlu dikawal kerana kesan daripada penukaran berita yang salah akan memudaratkan negara,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!