Produk haiwan, pertanian dari Korea dirampas

Maqis Selangor merampas produk hasilan haiwan dan pertanian dari Korea kerana tiada permit import sah di Pelabuhan Klang, pada Selasa.
Maqis Selangor merampas produk hasilan haiwan dan pertanian dari Korea kerana tiada permit import sah di Pelabuhan Klang, pada Selasa.
A
A
A

PELABUHAN KLANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas produk hasilan haiwan dan pertanian dari Korea tanpa permit import sah bernilai lebih RM40,000, di sini pada Selasa.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, rampasan dibuat hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena tersebut kira-kira jam 3.30 petang.

Menurutnya, didapati kontena itu membawa muatan daging lembu, sosej babi, kepingan daging babi dan ginseng yang tidak mempunyai sebarang permit import yang sah oleh Maqis.

“Secara keseluruhannya, kita menahan 158 kotak yang dianggarkan bernilai RM40,087.50”, katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Produk hasilan haiwan dan pertanian dari Korea dirampas kerana tiada permit import sah di Pelabuhan Klang, pada Selasa.
Produk hasilan haiwan dan pertanian dari Korea dirampas kerana tiada permit import sah di Pelabuhan Klang, pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperluaskan di semua pintu masuk negara bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian.

“Ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikro organisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!