Tujuh penumpang cedera, bas ekspres langgar lori

Keadaan bas ekspres yang rosak teruk di bahagian depan menyebabkan tujuh penumpangnya cedera.
Keadaan bas ekspres yang rosak teruk di bahagian depan menyebabkan tujuh penumpangnya cedera.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Sekurang-kurangnya tujuh warga Indonesia cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Kilometer 230 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Kuala Kangsar, pagi tadi.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar pada jam 2.20 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, siasatan awal mendapati bas membawa 30 penumpang itu melanggar bahagian belakang sebuah lori.

Keadaan bas ekspres yang rosak teruk di bahagian depan menyebabkan tujuh penumpangnya cedera.
Keadaan bas ekspres yang rosak teruk di bahagian depan menyebabkan tujuh penumpangnya cedera.

"Ketika jentera tiba di lokasi kejadian, terdapat tujuh mangsa mengalami kecederaan, bagaimanapun tiada mangsa tersepit.

"Semua mangsa telah dibawa ke hospital oleh pihak ambulans," katanya.

Operasi menyelamat tamat pada jam 2.55 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!