Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah
SHAH ALAM - Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Norashman meluahkan rasa syukur dan menyatakan hubungan tersebut merupakan perihal baharu dalam kehidupannya.
“Alhamdulillah! Ini satu perjalanan baharu dalam hidup saya,” katanya.
Norashman turut berkongsi gambarnya bersama Nikola yang anggun berbusana putih di dalam sebuah kenderaan.
Perkongsian gembira tersebut turut mendapat ucapan tahniah daripada orang ramai termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes di ruangan komen.
Norashman dan Nikola sebelum ini dilaporkan mengikat tali pertunangan pada April lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!