Al Ahly mara separuh akhir Piala Kelab Dunia

Ali Maaloul meletakkan Al-Ahly di depan ketika berdepan Al-Ittihad di Jeddah. - Foto Agensi
Ali Maaloul meletakkan Al-Ahly di depan ketika berdepan Al-Ittihad di Jeddah. - Foto Agensi
A
A
A

KELAB Mesir, Al-Ahly menyingkirkan cabaran pasukan Arab Saudi, Al-Ittihad 3-1 di Stadium Bandar Sukan Raja Abdullah, Jeddah pada Sabtu untuk menempah slot separuh akhir Piala Kelab Dunia, pada Sabtu.

Al-Ittihad, yang diperkuatkan bekas bintang Perancis, Karim Benzema sebelum itu terlepas sepakan penalti sebelum dia menjaringkan gol untuk pasukan Saudi tersebut.

Kemenangan itu membolehkan juara Afrika tersebut menentang pemenang Copa Libertadores, Fluminense dari Brazil dalam aksi kelompok empat terakhir pada awal pagi Selasa.

Al-Ahly terlebih dulu memecah kebuntuan pada minit ke-21 menerusi jaringan pemain pertahanan Ali Maaloul yang menyempurnakan sepakan penalti.

Al-Ittihad kendalian Marcelo Gallardo bergelut untuk mendapatkan gol penyamaan kemudiannya mendapat sepakan penalti, namun penjaga gol Al Ahly, Mohamed El Shenawy berjaya menafikan percubaan Benzema.

Al-Ahly kemudiannya melebarkan kelebihan menerusi Hussein El Shahat pada minit ke-59, sebelum Emam Ashour menambah gol ketiga pasukannya tiga minit selepas itu.

Juara Saudi itu yang tampil semula dalam kejuaraan tersebut sejak kali pertama mara ke separuh akhir pada 2005, menamatkan kempen dengan gol saguhati minit ke-92 hasil sentuhan Benzema.

Satu lagi separuh akhir bakal menyaksikan juara Eropah, Manchester City menentang juara Asia dari Jepun, Urawa Red Diamonds, yang menewaskan juara Persekutuan Persatuan Bolasepak Amerika Utara, Tengah dan Caribbean (CONCACAF), Leon 1-0 pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:


Tottenham bawa pulang tiga mata dari Nottingham Forest

Dalam perkembangan berasingan,Tottenham Hotspur meneruskan pemburuan kelompok empat terbaik selepas meraih kemenangan kedua berturut-turut selepas menjinakkan Nottingham Forest, 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium City Ground awal pagi Sabtu.

Skuad kendalian Ange Postecoglou yang masih segar dengan kemenangan besar 4-1 ke atas Newcastle United di Stadium Tottenham Hotspur, Isnin lalu tampil menguasai rentak permainan dalam perlawanan itu.

Namun kelab London itu hanya dapat menghasilkan gol menerusi sentuhan pemain dari Brazil, Richarlison pada minit ke-47 masa kecederaan separuh masa pertama.

Separuh masa kedua anak buah Postecoglou menggandakan asakan, namun kekentalan benteng Forest yang melepaskan 29 gol dalam 16 perlawanan liga sebelum ini.

Gol kemenangan pasukan pelawat akhirnya dijelmakan menerusi jaringan Dejan Kulusevski pada minit ke-65 untuk mata ke-33 selepas 17 perlawanan liga.

Bagaimanapun selepas itu, Tottenham terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas tonggak tengah, Yves Bissouma dibuang padang setelah melakukan terjahan berbahaya ketika permainan berbaki 20 minit.

Sementara itu, Postecoglou percaya Richarlison akan memanfaatkan setiap peluang dimiliki sepanjang bersama Tottenham.

“Saya harap dia akan lebih menyerlah lagi dalam perlawanan seterusnya selain menggunakan sebaiknya platform yang kami berikan kepadanya.

“Dia datang ke England dengan membawa impak yang hebat dalam Liga Perdana Inggeris ketika bersama Everton, dan kini meneruskannya bersama Tottenham dengan jangkaan meningkat apatah lagi datang ke kelab besar.

“Seperti saya katakan sebelum ini kami memberikannya platform itu dan dia membuktikannya minggu lalu boleh menjadi ancaman sebenar pada tahap ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!