Saran modul pengurusan kewangan dalam kursus perkahwinan elak cerai

Mohd Najwan (dua dari kiri) menyiram pokok yang ditanam sebagai simbolik kepada Program Hari Kesukarelawan Belia Malaysia Peringkat Negeri Selangor di Puncak Alam Golf Driving Range pada Sabtu.
Mohd Najwan (dua dari kiri) menyiram pokok yang ditanam sebagai simbolik kepada Program Hari Kesukarelawan Belia Malaysia Peringkat Negeri Selangor di Puncak Alam Golf Driving Range pada Sabtu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Modul pengurusan kewangan disaran dimasukkan dalam kursus persediaan perkahwinan di Selangor bagi menangani kes penceraian terutama melibatkan pasangan muda.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd Najwan Halimi berkata, perkara itu perlu dibincangkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dua portfolio Exco Jawatankuasa Agama Islam dan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat

Menurutnya, perbincangan itu penting bagi menangani isu penceraian berikutan Selangor mencatatkan kes tertinggi di negeri ini.

"Dalam konteks zaman sekarang ini, kita perlu mendedahkan pasangan yang ingin berkahwin tentang pengurusan ekonomi keluarga.

"Mutakhir ini, pasangan muda mungkin isteri yang bekerja mempunyai pendapatan lebih tinggi daripada suami dan ini memberi kesan dalam rumah tangga," katanya ketika ditemui pada Program Hari Kesukarelawan Belia Malaysia Peringkat Negeri Selangor di Puncak Alam Golf Driving Range, di sini pada Sabtu.

Mohd Najwan (berdiri dua kiri) beramah mesra bersama penduduk yang hadir pada program berkenaan.
Mohd Najwan (berdiri dua kiri) beramah mesra bersama penduduk yang hadir pada program berkenaan.

Beliau memberitahu, pasangan yang mengikuti kursus perkahwinan perlu diberi bimbingan dan kaunseling agar bersedia menempuh kehidupan suami isteri.

Tambahnya, selain itu, antara faktor penceraian pasangan muda berpunca akibat ketidaksefahaman dan campur tangan pihak ketiga.

Artikel Berkaitan:

Ditanya mengenai pemilikan rumah kepada generasi muda, Mohd Najwan berkata, kerajaan Selangor sentiasa membuka peluang kepada golongan itu memiliki kediaman sendiri.

Beliau memberitahu, pelbagai inisiatif disediakan kerajaan Selangor seperti 'Rumah Idaman' pada harga mampu milik.

Mohd Najwan (duduk dua dari kanan) menyaksikan trak litar kereta lumba mainan pada program berkenaan.
Mohd Najwan (duduk dua dari kanan) menyaksikan trak litar kereta lumba mainan pada program berkenaan.

"Kita sedia maklum, anak anak muda di Malaysia khususnya di Selangor ini memang terkesan dengan kenaikan kos kehidupan khususnya untuk memiliki rumah.

"Pada masa sama, kita juga akan membantu dari segi merancang kewangan mereka menerusi PBS (Penggerak belia Selangor) berperanan melaksanakan program dan kursus bersesuaian tentang bagaimana merancang perbelanjaan membantu pemilikan hartanah dan rumah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!