Laluan alternatif 'jambatan antarabangsa' siap dibaiki

Tebing jambatan Sungai Mulong yang siap dibaik pulih pada Khamis
Tebing jambatan Sungai Mulong yang siap dibaik pulih pada Khamis
A
A
A

KOTA BHARU - 'Jambatan antarabangsa' Sungai Lubok Mulong yang menjadi laluan alternatif pemandu kenderaan dari dua daerah iaitu Kota Bharu dan Kubang Kerian siap sepenuhnya pada Khamis.

Penghulu Mukim Pasir Jelatang, Mohd Nafi Said berkata, pembaikan tebing jambatan itu dilakukan segera berikutan ramai yang menggunakan laluan berkenaan.

Menurutnya, kos keseluruhan baik pulih jambatan berkenaan masih dalam perkiraan pihaknya bersama kontraktor dan akan dimaklumkan kepada agensi berkaitan.

"Baik pulih segera dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, Abd Rahman Yunus sebelum kami mengupah kontraktor dan siap dalam tempoh dua hari," katanya kepada Sinar Harian.

Pembersihan dan pendalaman sungai dilakukan bagi mengelakkan aliran deras air meruntuhkan struktur jambatan
Pembersihan dan pendalaman sungai dilakukan bagi mengelakkan aliran deras air meruntuhkan struktur jambatan



Beliau berkata, pada masa sama pendalaman sungai dan pembersihan tumbuhan sungai serta sampah sarap yang menjadi antara punca kerosakan tebing jambatan turut dilakukan.

"Saya berharap selepas ini penduduk boleh memaklumkan kepada kami jika keadaan sungai kotor dan menjadi tempat pengumpulan sampah bagi mengelakkan runtuhan jambatan," katanya.

Selain itu, pemeriksaan di sekitar jambatan berkenaan tidak menunjukkan kerosakan lain dan selamat untuk pengguna.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan tebing Jambatan Sungai Lubok Mulong di Kampung Jelatang runtuh dan penduduk mengambil inisiatif membaiki sendiri kemudahan itu.

Tebing itu dilihat merekah kira-kira jam 7 pagi Jumaat minggu lalu dan rekahan menjadi semakin lebar sehingga berlaku runtuhan lebih dua meter kira-kira jam 2 petang hari yang sama.

Jambatan itu digunakan penduduk kampung Kampung Pasir Hor, Pasir Seribong, Kampung Pasir Jelatang dan Kampung Rupek.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!