Keluarga pelajar maut dilanggar layak terima pampasan takaful RM7,000

Khairudin (kiri) ketika menyempurnakan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai MADANI Parit di Dewan Terbuka Ngah Sagor dekat sini pada Sabtu.
Khairudin (kiri) ketika menyempurnakan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai MADANI Parit di Dewan Terbuka Ngah Sagor dekat sini pada Sabtu.
A
A
A

PARIT - Waris pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati yang maut akibat dilanggar sebuah kereta dipandu seorang pegawai polis di Jalan Taman Jati dekat Meru pada Jumaat layak menerima pampasan takaful berjumlah RM7,000.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, menerusi Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM), setiap pelajar sekolah yang berada di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) memang dilindungi skim berkenaan.

"Pihak JPN akan menyusun dan memastikan arwah mendapat pampasan sepatutnya membabitkan manfaat perlindungan TPSM.

"Bagi kematian akibat kemalangan, waris akan menerima pampasan berjumlah RM5,500 serta Khairat Kematian Takaful Murid sebanyak RM1,500," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai MADANI Parit di Dewan Terbuka Ngah Sagor dekat pada Sabtu.

Sementara itu, Khairudin mewakili kerajaan Perak mengucapkan takziah serta menzahirkan simpati terhadap keluarga mangsa.

Beliau percaya pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mempunyai perancangan serta tindakan khusus berhubung kejadian terbabit.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di lokasi kejadian.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha disyaki dilanggar sebuah kereta Perodua Ativa, yang dipandu oleh pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan berkaitan, pegawai kanan polis terbabit direman selama tiga hari bermula Sabtu sehingga Isnin depan.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bagi membenarkan permohonan polis untuk siasatan kes tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!