Doktor hina bekas Agong letak jawatan serta merta
SHAH ALAM - Kumpulan Klinik Mediviron mengesahkan doktor yang membuat komen berbaur hinaan terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di laman Facebook peribadinya telah meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan klinik itu hari ini, pihaknya turut kecewa dengan komen yang dibuat Dr Rupesh Muniandy yang bertugas di klinik cawangan Kajang itu."Pihak pengurusan Kumpulan Klinik Mediviron amat kecewa dengan komen yang dibuat Dr Rupesh Muniandy yang telah mengguris perasaan dan sensitiviti orang ramai.
Menurut kenyataan itu lagi, komen yang dibuat secara peribadi tersebut tidak mencerminkan apa jua pendapat dan penilaian kakitangan dan pengurusan kumpulan klinik berkenaan.
"Dr Rupesh Muniandy juga telah memohon maaf di atas komennya dalam akaun Facebook beliau sendiri dan bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya," kata kenyataan itu.Sebelum itu, akaun Facebook milik doktor berkenaan diserang netizen selepas beliau memuat naik komen berunsur hinaan terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!