Pekerja kedai emas hilang ketika riadah ditemukan lemas
LANGKAWI - Seorang pekerja kedai emas ditemukan lemas selepas hilang ketika beriadah di Pantai Tanjung Rhu, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mangsa, Mohd Khairie Shaari, 32, berjaya ditemui lebih kurang 250 meter (m) dari lokasi mangsa dikatakan lemas pada jam 6.55 petang.
"Pengecaman mayat lelaki terbabit dibuat oleh ibu mangsa dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk tujuan bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Sempat minta tolong sebelum hilang di tengah laut
ARTIKEL BERKAITAN:Op Carilamat lelaki dikhuatiri lemas di Tanjung Rhu diteruskan
Sehubungan itu, beliau berkata, operasi melibatkan seramai 46 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) ditamatkan pada jam 7.05 petang.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pekerja kedai emas yang dikhuatiri lemas sempat meminta pertolongan sebelum dilaporkan hilang ketika riadah di Pantai Tanjung Rhu di sini pada Jumaat.
Difahamkan, orang awam ternampak kelibat orang terkapai-kapai meminta tolong di tengah laut berhampiran hujung pantai itu.
.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!