Mohd Hasbie kekal Ketua Pemuda Amanah, Danial sebagai timbalan

Mohd Hasbie Muda (kiri), Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid
Mohd Hasbie Muda (kiri), Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid
A
A
A
KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara Senator Mohd Hasbie Muda mengekalkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023-2026 pada pemilihan sayap parti itu malam ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid pula dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Amanah bagi tempoh sama.

Mohd Hasbie sebelum ini dilantik sebagai Ketua Pemuda Amanah pada 23 Oktober 2021 menggantikan Shazni Munir Mohd Ithnin yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada 6 Ogos tahun sama.

Pemilihan oleh 572 perwakilan malam ini turut menyaksikan Muhammad Faris Arriffin, Mohammad Ammar Atan dan Mohd Zulhazmi Hassan dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda Amanah.

Selain itu, Dr Mohd Izzuddin Nazaruddin dipilih sebagai Speaker Pemuda Amanah dan Mohd Hazmir Suboh sebagai timbalannya manakala Luqman Al Fudail Abdul Karim serta Muhamad Haris Abdul Omar sebagai juruaudit.

Mohd Hasbie dalam ucapan penangguhan Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023 merakamkan ucapan terima kasih atas pemilihan itu dan menzahirkan komitmen untuk memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tiga tahun memimpin Pemuda Amanah.

"Pada pemilihan hari ini, perwakilan menunjukkan isyarat tegas dan merupakan kombinasi kesatuan yang baik serta harus kita rangkul potensi yang ada dalam Pemuda untuk memastikan Pemuda Amanah kuat di peringkat nasional,” katanya.

Berikut senarai Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Sesi 2023-2026 yang dipilih pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2023:

Mohd Hasbie Muda (Ketua Pemuda)
Artikel Berkaitan:


Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (Timbalan Ketua)

Muhammad Faris Arriffin (Naib Ketua I)

Mohammad Ammar Atan (Naib Ketua II)

Mohd Zulhazmi Hassan (Naib Ketua III)

Dr Mohamed Nashrudin Naharudin

Mohammad Mirzan Abdul Majid

Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda

Mohd Firdaus Mokhtar

Muhammad Nur Hafiz Roslan

Muammar Qaddafi Mohd Nasir

Muaz Abdullah

Mohd Azhar Abdul Rahman

Fakhrul Razi Hamdan

Ridhuan Esa

Ammar Izham

Muhammad Taqiuddin Cheman

Asim ‘Abdullah Ainullotfi

Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar

Ahmad Shahir Mohd Shah

Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi

Renddypeper Ismail

Khairol Najib Hashim

Omar Tuah

Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis

Aizat Mustaqim Ruslan

Mohd Hanis Mohd Alimin

-- BERNAMA

TAG: Amanah, Pemuda, Mohd Hasbie Muda, Danial Al-Rashid, pemilihan, ketua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!