KL City, Pahang kongsi mata di Cheras
KUALA LUMPUR (KL) City dan Sri Pahang melabuh saingan Liga Super dengan keputusan seri 0-0 dalam perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.
Tampil dengan misi menebus kekalahan 1-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 4 Jun lalu, Tok Gajah kendalian Fandi Ahmad bermula garang.
Biarpun begitu The City Boys kendalian Nenad Bacina ternyata lebih ampuh di bahagian pertahanan dalam perlawanan ke-25 kedua-dua pasukan.
Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan tampil meningkatkan tekanan, namun masih gagal memecah kebuntuan jaringan menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Keputusan itu menyaksikan Sri Pahang mengumpul 45 mata selepas mengharungi 26 perlawanan - 13 menang, enam seri, tujuh tewas.
KL City pula mengumpul 38 mata hasil 10 menang, lapan seri, lapan tewas setelah mengharungi 26 perlawanan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!