Didik masyarakat antarabangsa tentang indahnya Islam

Khairul Firdaus (dua dari kiri) ketika melancarkan International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Khairul Firdaus (dua dari kiri) ketika melancarkan International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa pada Sabtu. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seramai 36 imam masjid dari 14 Wilayah China akan akan hadir ke negara ini bagi menjayakan Muslim Friendly Tour Homestay Malaysia yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, kehadiran imam masjid dari republik itu adalah sebagai permulaan bagi memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Muslim dunia.

Khairul Firdaus
Khairul Firdaus

Menurutnya, langkah itu secara tidak langsung juga dapat memberikan gambaran bagaimana Islam membentuk budaya, seni serta perjalanan hidup masyarakat di negara ini.

“Kita mahu tunjukkan kepada dunia bagaimana masyarakat Islam menjalani kehidupan seharian serta bagaimana Islam mendidik rakyat untuk menguruskan kehidupan cara yang betul.

“Paling penting kita dapat sampaikan mesej bahawa Islam sentiasa menerima sesiapa sahaja yang datang ke negara ini sebagai tetamu yang harus dilayani dengan baik,” katanya.

MoU yang ditandatangani oleh Sariman (kiri) dan Nizran sambil diperhatikan oleh Khairul Firdaus.
MoU yang ditandatangani oleh Sariman (kiri) dan Nizran sambil diperhatikan oleh Khairul Firdaus.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 & The Platinum Package: Muslim Friendly Tourism Package di Masjid Muadz Bin Jabal Setiawangsa di sini pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Pengerusi Masjid Muadz bin Jabal, Datuk Seri Zakaria Sulong; Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Nizran Noordin dan Presiden Persatuan Homestay Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan

Khairul Firdaus berkata, pemain industri juga akan mendapat manfaat hasil daripada kedatangan pelancong menerusi Muslim Friendly Tourism Package yang turut meliputi Muslim Friendly Tour Homestay Malaysia.

Sementara itu Shariman berkata, buat permulaan sebanyak 212 pengusaha homestay seluruh negara akan terlibat dengan program berkenaan.

Peserta bergambar kenangan sebelum pulang.
Peserta bergambar kenangan sebelum pulang.

“Kita mahu tonjolkan budaya masyarakat Melayu luar bandar menjalani rutin harian contoh bagaimana keluarga petani bercucuk tanam namun pada masa yang sama akan ke masjid untuk beribadat serta bersolat

“Kita mahu mereka merasai suasana berbuka puasa di rumah atau masjid, bersembahyang tarawih serta menghadiri kuliah subuh, bersahur dan sebagainya,” ujarnya.

Difahamkan program rintis program itu yang bermula 16 hingga 19 Disember ini turut menjemput wakil dari 16 buah negara antaranya Indonesia, Singapura, Thailand, Sudan, Somalia dan India.

Program yang dicetuskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini turut mendapat kerjasama Islamic Tourism Centre yang turut akan memperkenalkan pakej Ramadan dan Hari Raya 2024-2025 yang dijangka dapat memberikan pengalaman baharu kepada pelancong.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!