Al Jazeera rujuk pembunuhan jurukamera ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
AL Jazeera merujuk apa yang dipanggil 'pembunuhan' jurukameranya, Samer Abudaqa di Gaza kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Abudaqa terkorban oleh serangan dron pada Jumaat ketika beliau sedang melaporkan pengeboman sebelum ini ke atas sebuah sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan bagi orang yang kehilangan tempat tinggal di selatan Semenanjung Gaza.
Sebelum ini, wartawan di agensi berita yang sama, Wael Dahdouh kehilangan isteri, anak lelaki, anak perempuan dan cucunya akibat pengeboman Israel, selain beliau sendiri mengalami kecederaan.
"Al Jazeera mengesahkan komitmennya untuk meneruskan semua pilihan yang mungkin untuk membawa mereka yang bertanggungjawab atas jenayah pembunuhan Samer ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan untuk memastikan hukuman undang-undang yang sewajarnya dikenakan ke atas mereka," kata Al Jazeera dalam satu kenyataan.
Wartawan di Gaza membawa "mesej kemanusiaan dan kemuliaan" dan akan bekerja walaupun serangan Israel, kata Dahdouh ketika berucap pada upacara pengebumian Abudaqa.
"Kami akan terus menjalankan tugas kami dengan profesionalisme dan penuh ketelusan," tambah Dahdouh lagi sambil disambut oleh tangisan oleh rakan-rakan di sekelilingnya yang turut menghadiri upacara itu. - Al Jazeera - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!