Banjir Kelantan: 15 pos PGA, satu balai polis dinaiki air

Keadaan Balai Polis Rantau Panjang yang dinaiki air sedalam 0.3 meter.
Keadaan Balai Polis Rantau Panjang yang dinaiki air sedalam 0.3 meter.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 15 Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) dinaiki air antara 0.3 hingga 2.5 meter dalam kejadian banjir di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, turut dinaiki air ialah Balai Polis Rantau Panjang di Pasir Mas sedalam 0.3 meter (m).

Menurut beliau, laporan yang diterima pada Ahad (hari ini), 15 Pos PGA di Op Taring Wawasan Kelantan yang mengalami banjir ialah Pos PGA Terusan sedalam 1.6 meter (m), Pos PGA Pak Teh Kana (0.5m) manakala Pos PGA Salleh Berek dan Pos PGA Pak Atah masing-masing 1.6m dan 1.8m.

"Pos lain yang terlibat ialah Pos PGA Sharifah sedalam 2.3m dan Pos PGA Ibrahim Pencen yang turut dicatatkan sedalam 2.5m manakala Pos PGA Kaloi pula 0.9m," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Keadaan banjir di Balai Polis Rantau Panjang yang dinaiki air pada Ahad.
Keadaan banjir di Balai Polis Rantau Panjang yang dinaiki air pada Ahad.

Tambah beliau, turut dinaiki air ialah Pos PGA Wakaf Zain (1.8m), Pos PGA Pulau (0.4m), Pos PGA Kubang Pak Hitam (1.0m) dan Pos PGA Mek Gombak (0.5m).

Selain itu, katanya, Pos PGA Haiwan (0.6m), Sekat Pintas Serongga (2.0m), Sekat Pintas Bukit Lata (1.0m) dan Sekat Pintas Jejawi (1.5m) juga dicatatkan sebagai kawasan yang mengalami banjir.

Beliau turut menasihatkan semua anggota dan pegawai berwaspada ketika bertugas dalam kawasan banjir di negeri ini.

Artikel Berkaitan: