MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SANDAKAN - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.

Menurut MetMalaysia, ribut berkenaan berada pada kedudukan kira-kira 1,254 km timur laut Sandakan dan bergerak 20 km sejam serta boleh mencapai halaju maksimum 65 km sejam.

Bagaimanapun, menurut jabatan itu ia tidak mendatangkan kesan signifikan kepada Malaysia dan cuaca di sini cerah dengan hujan renyai-renyai sekejap pagi tadi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!