'Kereta baru beli tak sampai sejam, tenggelam dalam banjir kilat'

Gambar dimuatnaik Azhazul di Facebooknya pada Ahad (Kiri), X50 ditenggelami air pada Sabtu.
Gambar dimuatnaik Azhazul di Facebooknya pada Ahad (Kiri), X50 ditenggelami air pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Dalam tempoh kurang daripada sejam, kereta baharu jenis Proton X50 yang dibeli sepasang suami isteri ditenggelami air susulan kejadian banjir kilat di Puchong pada Sabtu.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna Facebook, Azhazul Azri, adiknya yang merupakan jurujual sempat bergambar dengan pemilik kenderaan terbabit pada jam 5 petang, namun kejadian malang berlaku sejam kemudiannya.

“Banjir adalah risiko yang kita tak boleh kawal.

“Masuk mall (pusat beli belah), cuaca panas. Pergi makan, solat, bila keluar kereta dah tenggelam,” katanya pada Ahad.

Sebelum ini, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dilanda banjir kilat setinggi 0.6 meter susulan hujan lebat melanda Lembah Klang petang semalam menyebabkan ratusan pengguna lebuh raya terkandas.

Tinjauan Sinar Harian di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa pasangan itu dan turut mendoakan segala urusan dipermudahkan ALLAH SWT.

Memetik komen Affandiey Fandy, orang ramai diingatkan supaya mengambil pelan perlindungan kereta khusus untuk menghadapi bencana alam berikutan cuaca yang tidak menentu di negara ini.

“Fuh seram bang, baru sejam dah kena (tenggelam),” ujar Mohd Ariff Helmi pula.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

'Kereta baru beli tak sampai sejam, tenggelam dalam banjir kilat' #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Kereta #Banjir

PadaMu Kubersujud - PLECI

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!