Fokus projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Ahmad Maslan
Fokus projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Ahmad Maslan
BERITA MOJO 17 DISEMBER 2023
Kementerian Kerja Raya akan memastikan projek pembangunan yang diharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipercepatkan pelaksanaannya, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perhatian serius akan diberikan terhadap projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang masih belum selesai.
Anwar sebelum ini sudah memberi peringatan kepada kesemua kementerian terutama Kementerian Kerja Raya, mengharapkan projek-projek pembangunan rakyat yang disenaraikan ini dipercepatkan pelaksanaannya.
ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/640076/berita/nasional/ikrar-percepat-projek-pembangunan---ahmad-maslan?fbclid=IwAR3RFekapo4dW4703TPxmqp1xEe_rGtGKZmPFFIEvSQ78ppixtWtlUaFTPs
#BeritaMojo #SinarHarian #SinarTerkini