500 peserta homestay termasuk luar negara berkampung di Temerloh

Menteri Besar,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) menyantuni peserta yang turut meluangkan masa mengunjungi Pekan Sehari Temerloh pada Ahad.
Menteri Besar,Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) menyantuni peserta yang turut meluangkan masa mengunjungi Pekan Sehari Temerloh pada Ahad.
A
A
A

TEMERLOH - Seramai 500 peserta seluruh negara dan antarabangsa termasuk Indonesia, Brunei dan Singapura berkumpul sempena International Homestay Islamic Tourism Festival 2023 yang julung kali dianjurkan di negara ini.

Presiden Persatuan Homestay Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan berkata, Temerloh menjadi tuan rumah bagi penutup festival itu yang akan diadakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah dekat Kampung Ketam di sini pada Isnin.

Menurutnya, festival tiga hari bermula Sabtu itu dijalankan di Kuala Lumpur selama dua hari sebelum Temerloh mengambil giliran sempena majlis penutupan.

"Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya selawat, marhaban, ceramah perdana,memanah, pameran kraf,tulisan khat dan penyediaan masakan tradisional.

"Majlis penutupan akan dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah dekat Kampung Ketam pada Isnin," kata beliau.

Sahariman (dua dari kanan) bersama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar hamsuddin (dua dari kiri) bergambar bersama para peserta.
Sahariman (dua dari kanan) bersama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar hamsuddin (dua dari kiri) bergambar bersama para peserta.

Jelas Sahariman, turut hadir Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man.

"Kita berharap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk turut sama dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada esok (Isnin)," tambah beliau.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, turut berlangsung program Haflah al-Quran di masjid sama bermula jam 7.30 petang.

Dalam pada itu, Sahariman memberitahu, buat permulaan sebanyak 212 pengusaha homestay seluruh negara terlibat dengan program berkenaan.

Program yang dicetuskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini turut mendapat kerjasama Islamic Tourism Centre yang akan memperkenalkan pakej Ramadan dan Hari Raya 2024-2025 yang dijangka dapat memberikan pengalaman baharu kepada pelancong.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!