Ketua Polis Kedah kemalangan
ALOR SETAR - Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaakob mengalami kecederaan akibat kemalangan di Pokok Pauh, Pokok Sena, di sini tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.10 pagi itu, Zainuddin menunggang motosikal jenis Honda RS150 dalam perjalanan menyertai Program Konvoi Kapcai Ambang Tahun Baru 2020 anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati motosikal dibawa Zainuddin dari arah Pokok Sena telah mengalami kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza dipandu wanita berusia 41 tahun yang datang dari arah Kubang Lerik.
"Zainuddin kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini bagi menerima rawatan awal.
"Beliau dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kaki serta tangan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!