Korea Utara lancar peluru berpandu ke laut Jepun
MOSCOW - Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistilk yang tidak dikenal pasti ke arah Laut Jepun, lapor Sptunik memetik Agensi Berita Yonhap.
Ketua Turus Bersama Korea Selatan tidak memberikan sebarang maklumat mengenainya, menurut laporan.
Pada Ahad, agensi berita itu melaporkan bahawa Korea Utara telah menembak peluru jarak dekat yang terbang sejauh 570 kilometer dan jatuh ke Laut Jepun.
Sementara itu, di Tokyo, Kementerian Pertahanan Jepun berkata peluru berpandu Korea Utara yang dilancarkan itu dijangka jatuh pada jam 9.37 pagi waktu tempatan (0037 GMT) di luar zon ekonomi eksklusif Jepun, seperti yang dilaporkan oleh penyiar NHK pada Isnin.
Berkemungkinan peluru itu ditembak pada 2324 GMT dengan trajektori yang tinggi dan dijangka jatuh berdekatan utara pulau Hokkaido. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!