Covid-19: IPT diminta tunggu arahan dan nasihat KKM - Zambry

Pihak pengurusan IPT merujuk kepada nasihat atau arahan yang dikeluarkan KKM bagi langkah pencegahan penularan wabak Covid-19. - Gambar hiasan
Pihak pengurusan IPT merujuk kepada nasihat atau arahan yang dikeluarkan KKM bagi langkah pencegahan penularan wabak Covid-19. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta pihak pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) merujuk kepada nasihat atau arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, sebarang nasihat dan arahan daripada KKM sepatutnya dijadikan panduan untuk IPT bagi melaksanakan langkah-langkah yang seterusnya.

"Saya telah maklumkan beberapa hari lalu, iaitu apa pun tindakan yang hendak dilakukan oleh pihak universiti, hendaklah berasaskan kepada apa yang dimaklumkan atau diarah oleh KKM.

"Apa-apa pun kita bergantung apa yang disebut mereka (KKM), saya tak boleh keluarkan kenyataan berkaitan dengan hal ehwal kesihatan,” katanya kepada media selepas majlis penutup Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 Edisi ke-24, di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan untuk mengadakan sesi pembelajaran secara dalam talian susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!