Tahanan lolos panjat pintu jeriji lokap berjaya diberkas

Video tular memaparkan suspek yang merupakan tahanan polis bertindak memanjat pintu jeriji untuk meloloskan diri di Lokap Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
Video tular memaparkan suspek yang merupakan tahanan polis bertindak memanjat pintu jeriji untuk meloloskan diri di Lokap Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
A
A
A
KOTA KINABALU - Seorang lelaki yang bertindak melarikan dari lokap dua hari lalu akhirnya berjaya ditahan semula di Tuaran pada pagi Isnin.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais berkata, suspek merupakan tahanan polis yang meloloskan diri di Lokap Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

"Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan pada jam 11.50 pagi tadi ketika bersembunyi di sebuah pondok usang di kawasan hutan simpan paya berhampiran sebuah resort," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Susulan penangkapan suspek itu, Shahurinain berterima kasih kepada orang awam yang telah bekerjasama dan menyalurkan maklumat mengenai kes tersebut.



"PDRM Sabah merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama dan maklumat yang disalurkan oleh orang awam sehingga suspek berjaya diberkas," katanya.

Sebelum itu, tular satu video menunjukkan seorang tahanan bertindak memanjat pintu jeriji lokap untuk melarikan diri ketika berada di dalam lokap tahanan.
Artikel Berkaitan:


Difahamkan, suspek sebelum ini ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 431 A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kabel.
@sinarharianonline

Seorang lelaki yang bertindak melarikan dari lokap dua hari lalu akhirnya berjaya ditahan semula di Tuaran pada pagi Isnin. #SinarHarian #SinarTerkini #polis #jerijilokap #panjatpintu #kotakinabalu

Shock Horror a - Dick Walter

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!