Lima nelayan Myanmar ditahan di Pulau Kendi

Lima nelayan Myanmar ditahan untuk siasatan lanjut.
Lima nelayan Myanmar ditahan untuk siasatan lanjut.
A
A
A

GEORGE TOWN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang telah menahan lima nelayan Myanmar di kedudukan 20 batu nautika barat daya Pulau Kendi pada Sabtu lalu.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim S Nak Rong berkata, ketika ditahan, kesemua nelayan asing itu berada dalam sebuah bot nelayan kelas C.

Bot tempatan kelas C juga dirampas untuk tindakan selanjutnya.
Bot tempatan kelas C juga dirampas untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, hanya tekong mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah manakala empat lagi gagal berbuat demikian.

"Kesemua mereka yang berusia 23 hingga 43 tahun dan bot dibawa ke Jeti Limbongan Batu Maung bagi siasatan lanjut.

"Hasil pemeriksaan, bot tersebut disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 iaitu tiada kebenaran menggunakan kru warga asing daripada Pengarah Perikanan Malaysia.

"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 iaitu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pasukan peronda Maritim Malaysia Pulau Pinang juga merampas tujuh set bubu naga dalam operasi pada petang Ahad.
Pasukan peronda Maritim Malaysia Pulau Pinang juga merampas tujuh set bubu naga dalam operasi pada petang Ahad.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, dalam operasi berasingan, Maritim Malaysia Pulau Pinang merampas tujuh set bubu naga di 3.6 batu nautika tenggara Pulau Rimau pada petang Ahad.

"Usaha membanteras penggunaan bubu naga di sekitar perairan ini tetap dilaksanakan oleh pasukan peronda Maritim Malaysia.

"Penggunaan bubu naga merupakan kaedah penangkapan hasil laut yang tidak berlesen dan merupakan satu kesalahan di negara ini," tambah beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!