Fahmi ucap takziah kepada keluarga M Daud Kilau

Allahyarham M Daud Kilau. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
Allahyarham M Daud Kilau. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
A
A
A

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bintang legenda, Datuk M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan pada Isnin.

"Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Satu lagi berita sedih hari ini. Salam takziah buat keluarga Datuk M Daud Kilau, penyanyi tersohor, yang telah meninggal dunia sebentar tadi.

"Semoga keluarga Allahyarham tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pemergian M Daud Kilau, 85, pada kira-kira jam 4.40 petang tadi disahkan oleh cucu Allahyarham, Hasnor Ikram melalui laman sosial Instagram.

Raja Gelek Malaysia itu sebelum ini berdepan masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis, tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta pinggang selain keadaan jantung yang tidak stabil serta kurang pendengaran.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balah Baroh, Bagan Datuk selepas Zuhur esok. - Bernama

Artikel Berkaitan: