City dapat laluan mudah berdepan Copenhagen

Keputusan undian Liga Juara-Juara di House of European Football di Nyon sebentar tadi.
Keputusan undian Liga Juara-Juara di House of European Football di Nyon sebentar tadi.
A
A
A

PENYANDANG juara, Manchester City bakal membuat perhitungan dengan FC Copenhagen dalam aksi pusingan16 terakhir Liga Juara-Juara.

Dalam majlis undian yang berlangsung di Nyon sebentar tadi, pertembungan dua bekas naib juara - Inter Milan dan wakil Sepanyol, Atletico Madrid paling mencuri tumpuan.

City dijangka mudah mengatasi kelab Denmark itu yang layak daripada kumpulan mengatasi Manchester United yang ditewaskan mereka 4-3 di laman sendiri.

Inter, pendahulu Serie A pula adalah satu daripada pasukan yang perlu dielakkan selepas berkedudukan kedua kumpulan dan mereka akan bertemu Atletico yang dilatih Diego Simeone.

Paris Saint-Germain (PSG) yang mara ke kelompok 16 terakhir dalam setiap dua musim yang lalu mendapat undian mencabar selepas berkedudukan kedua dalam kumpulan di belakang Borussia Dortmund.

Namun, PSG mampu menarik nafas lega selepas diundi berdepan Real Sociedad yang mendahului peringkat kumpulan mengatasi Inter.

Pertemuan Barcelona menentang juara Serie A, Napoli menjadi antara satu lagi tumpuan, manakala Arsenal dijangka dapat mengatasi kelab Portugal, Porto.

Bayern Munich akan menjadi pilihan apabila berdepan Lazio, manakala juara 14 kali Eropah, Real Madrid dijangka dapat mengatasi halangan RB Leipzig.

Artikel Berkaitan:

Undian kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara:

FC Porto (POR) mln Arsenal (ENG)

Napoli (ITA) mln Barcelona (ESP)

Paris Saint-Germain (FRA) mln Real Sociedad (ESP)

Inter Milan (ITA) mln Atletico Madrid (ESP)

PSV Eindhoven (NED) mln Borussia Dortmund (GER)

Lazio (ITA) mln Bayern Munich (GER)

FC Copenhagen (DEN) mln Manchester City (ENG)

RB Leipzig (GER) mln Real Madrid (ESP)

* Pusingan pertama pada 13/14/20/21 Februari 2024, manakala pusingan kedua pada 5/6/12/13 Mac 2024.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!