Isteri Izzue Islam selamat jalani pembedahan
ISTERI kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Izzue Islam, iaitu Awin Nurin, selamat menjalani pembedahan minor pada pergelangan tangan kiri di Hospital Columbia Asia, semalam.
Menurut pelantun lagu Muzik Tiduran Ku itu, penyakit yang dialami isterinya tidak berbahaya namun boleh menjejaskan perjalanan kerja.
“Cuma minor operation, Ganglion Wrist Cyst pada pergelangan tangan kiri Awin. Tidak merbahaya cuma agak mengganggu perjalanan kerja, rasa kebas dan lenguh pada tangan.
“Kami ambil keputusan untuk membuang sahaja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Terima Kasih doktor, nurse dan semua yang mendoakan isteri saya @awinnurin.
“B, awak memang power, walaupun awak takut tapi awak masih boleh layan gelak dengan saya.
“Hilang sikit rasa nervous bila awak layan bongok saya ni kan? Love you sayang,” kata Izzue di Instagram miliknya.
Sehingga kini status dan video yang dimuat naik Izzue telah ditonton sebanyak 292,350 pengguna IG dan dihujani pelbagai komen seperti ucapan doa semoga cepat sembuh dan banyakan berehat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!