SBMB 3.0 tawar hadiah bernilai RM3 juta

Kempen ‘SIMPAN BERGANDA MENANG BERGAYA’ buat kali ketiga menawarkan hadiah bernilai RM3 juta.
Kempen ‘SIMPAN BERGANDA MENANG BERGAYA’ buat kali ketiga menawarkan hadiah bernilai RM3 juta.
A
A
A

SHAH ALAM - MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) akan terus menganjurkan kempen ‘SIMPAN BERGANDA MENANG BERGAYA’ (SBMB) buat kali ketiga dengan menawarkan hadiah bernilai RM3 juta.

MBSB dalam satu kenyataan berkata, kempen yang dikenali sebagai SBMB 3.0 itu sedang berlangsung dan akan berakhir pada 31 Disember 2024.

“MBSB menganjurkan kempen ini sebagai menghargai sokongan pelanggan dan pada masa sama untuk menarik lebih ramai pelanggan baharu,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, antara hadiah yang ditawarkan ialah Porsche Macan, Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC,Harley Davidson Road Glide, pakej percutian, wafer emas, jam tangan berjenama Apple dan wang tunai.

“Terdapat pelbagai kategori yang ditawarkan termasuk Bulanan, Kesetiaan, Pelanggan Baharu, Gaji, Wanita, Lelaki, Senior, Kakitangan Kerajaan, Serantau dan hadiah utama bagi meningkatkan peluang untuk memenangi hadiah menarik.

Kempen SBMB yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2021, menawarkan pelbagai hadiah menarik dan wang tunai berjumlah RM2.4 juta mendapat sambutan menggalakkan dari pelanggan-pelanggan MBSB Bank.

Berikutan itu, MBSB Bank telah meneruskan kempen SBMB 2.0 yang mendapat sambutan hangat dengan lebih 60,000 penyertaan.

Selain dari kempen SBMB 3.0, MBSB Bank juga menganjurkan kempen ‘Winners Are Dreamers’ yang berlangsung sehingga 31 Januari 2024 bersempena Liga Kejuaraan MBSB Bank yang menawarkan peluang menonton Liga Perdana Inggeris di England dengan perbelanjaan ditanggung oleh MBSB Bank.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!