Hamas siar video tebusan selepas Israel isytihar mereka mati
KAHERAH - Pejuang Hamas mengeluarkan video pendek menunjukkan tiga tebusan warga emas Israel pada Isnin.
Ketiga-tiga lelaki itu telah menjadi tebusan selama lebih 10 minggu bersama kira-kira 240 yang lain sejak 7 Oktober lalu.
Mereka dikenali sebagai Chaim Peri, 79, Yoram Metzger, 80, dan Amiram Cooper, 84.
Ketiga-tiga lelaki itu, kesemuanya berjanggut duduk bersebelahan sebagaimana dipaparkan dalam video yang disiarkan Hamas ke platform Telegram.
Antara lain, Peri, misalnya memberitahu dia dan tebusan warga emas lain mempunyai masalah kesihatan.
Dia merayu supaya Israel mendapatkan pembebasan tanpa syarat untuk mereka.
Israel dan Hamas bersetuju dengan gencatan senjata selama seminggu pada akhir November termasuk pembebasan lebih 100 tebusan di Gaza sebagai pertukaran untuk 240 wanita dan remaja Palestin dari penjara Israel.
Beberapa tebusan yang kekal di Gaza telah diisytiharkan mati oleh pihak berkuasa Israel. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!