Penghormatan terakhir, jenazah M Daud Kilau tiba di masjid

Orang ramai mula membanjiri ruang legar Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Orang ramai mula membanjiri ruang legar Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
A
A
A

JENAZAH bintang seni tanah air, Datuk M Daud Kilau tiba di Masjid Tuminah Hamidi dekat sini sekitar jam 9.20 pagi pada Selasa bagi memberi ruang kepada ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan memberi penghormatan terakhir.

Jenazah sebelum itu dibawa keluar dari Hospital Teluk Intan pada jam 8.55 malam, Isnin sebaik selesai urusan dokumentasi untuk di bawa ke kediamannya di Kampung Sungai Balai Baroh.

Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Tuminah Hamidi selepas solat Zohor dan selepas itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Balai Baroh yang terletak kira-kira 5 kilometer dari masjid.

Sejak jam 10 pagi, lebih 200 orang termasuk peminat hadir menziarahi Allahyarham diiringi bacaan surah Yasin.

Penyanyi berusia 85 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah di Hospital Teluk Intan sekitar jam 4.40 petang pada Isnin.

Sejak jam 10 pagi, lebih 200 orang termasuk peminat hadir menziarahi Allahyarham diiringi bacaan surah Yasin.
Sejak jam 10 pagi, lebih 200 orang termasuk peminat hadir menziarahi Allahyarham diiringi bacaan surah Yasin.

Kesihatannya dilaporkan tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital itu minggu lalu.

Sebelum ini, Allahyarham berada dalam keadaan kritikal dan pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Artikel Berkaitan:

Sepanjang rawatan, beliau dalam pemantauan rapi doktor dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Pelantun lagu popular Cek Mek Molek itu meninggalkan seorang balu, Datin Rohani Awang Ngah; dua anak, Noraini, 58, dan Ahmad Zaini, 52, bersama sembilan cucu serta dua cicit.

M Daud Kilau atau nama sebenarnya, Muhammad Daud Kilau mula menceburi bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!