UMNO tak setuju cadangan laksana pilihan raya PBT - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan partinya tidak akan sesekali bersetuju dengan cadangan DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, tidak ada keperluan untuk melaksanakan pilihan raya tersebut sebaliknya fokus menangani ekonomi rakyat dan memakmurkan negara.

“Rakyat tidak perlu diheret ke kancah politik perbalahan dan politik yang tiada kesudahan.

“Dahulu MCA dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) juga ada memberi pandangan serupa, namun UMNO tetap tidak bersetuju,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai mencadangkan kepada kerajaan supaya memulakan pilihan raya PBT) di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Cheras itu berkata, pengenalan pilihan raya berkenaan bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan.

Kok Wai memberitahu, pelaksanaan pilihan raya itu boleh dimulakan di Kuala Lumpur kerana wilayah berkenaan amat memerlukan demokrasi dalam proses merakyatkan sistem pentadbiran ibu negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!