Tiga lelaki ceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai sesat 9 jam

Tiga pendaki yang dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai ditemukan selamat tengah malam tadi. - Foto Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Johor
Tiga pendaki yang dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai ditemukan selamat tengah malam tadi. - Foto Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga pendaki dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai, sesat selama sembilan jam di hutan itu sebelum ditemukan selamat tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman dalam kenyataan berkata, ketiga-tiga lelaki berusia 20 hingga 30-an itu ditemukan selepas Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) diaktifkan pada jam 4 petang melibatkan JPNJ, Balai Polis Kangkar Pulai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kangkar Pulai serta Malim Gunung Perhutanan (MGP).

Tiga pendaki yang dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai ditemukan selamat tengah malam tadi. - Foto Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Johor
Tiga pendaki yang dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai di Kulai ditemukan selamat tengah malam tadi. - Foto Facebook Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Beliau berkata, mereka dipercayai menceroboh Hutan Simpan Gunung Pulai melalui Taman Awam Bandar Baru Kangkar Pulai pada jam 9 pagi dan meneruskan pendakian ke Sungai Emas (Hutan Simpan Gunung Pulai) untuk menuju ke Tasik Biru Kangkar Pulai, namun gagal menemukan jalan keluar.

"Aduan diterima oleh Balai Polis Kangkar Pulai pada jam 4 petang, selepas mangsa membuat laporan sendiri menerusi panggilan telefon dan memaklumkan bahawa mereka tersesat serta tidak menjumpai jalan pulang.

"Difahamkan juga, mangsa kali pertama memasuki kawasan tersebut dan hanya mendapat maklumat daripada pendaki lain,” katanya.

Salim berkata, pendaki tersebut didapati tidak mempunyai permit untuk memasuki hutan simpan serta tanpa kawalan jurupandu atau MGP.

"Tindakan akan diambil mengikut Seksyen 47 Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1995 Negeri Johor," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, JPNJ telah mengumumkan penutupan trek pendakian Gunung Pulau bermula 20 November lepas, sekali gus menasihatkan orang ramai agar mematuhi larangan penutupan itu atas faktor keselamatan diri dan ketenteraman awam. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!